Monday, 2 January 2012

Tahun Baru 2012


Selamat Tahun Baru 2012 geng. Walaupun hari ini dah 2hb, aku rasa masa tak terlewat untuk ucap selamat tahun baru kat korang semua. Harap tahun ni, lagi baik dari tahun lepas. 

Maaf sebab dah lama sangat aku tak update entri mahupun nak jenguk belog kawan-kawan, apatah lagi nk buat blogwalking. InsyaAllah kalau masa mengizinkan, aku akan buat. Dan harapnye internet kat UM tak da la masalah.

 So ape yang perancangan tahun ni? Apa azam baru korang? Dah buat belanjawan 2012? Dah bersedia hadapi hari-hari mendatang? Atau tahun baru ke tahun lama ke, sama saja bagi korang?


Sejujurnya, aku tak pernah berjaya buat sebarang perancangan. Hari-hari aku berlalu tanpa sebarang persiapan. Bagi aku itu lagi menarik, more natural, katanya. Tapi jika kita gagal merancang, bermakna kita merancang untuk gagal. Betul ke? Tepuk dada, tanya selera.

Seperti tahun-tahun yang sudah, kita mesti ada azam, atau target yang hendak kita capaikan. Tapi azam aku tahun ini, adalah untuk capai azam tahun lepas. Dan azam tahun lepas aku, adalah untuk capai azam yang tahun lepas. Dan seterusnya. Korang pun sama macam aku ke?

*orang yang tak pernah berjaya capai azam*


Setiap orang pasti mengharapkan hari-hari yang mendatang adalah lagi baik, sama juga aku. So pada tahun ini, aku berharap, aku akan belajar untuk jadi lebih baik, lebih matang dan segalanya lebih la dari tahun-tahun yang lepas.

Tahun ini juga aku adalah tahun terakhir aku sebagai pelajar perubatan (final year medical student) insyaAllah. So harap korang dapat doakan kejayaan aku. 

Selain itu, aku juga berazam untuk dapat menghidupkan kembali belog aku. Pada entri kali ini juga, aku nak ucap terima kasih pada member yang kenalkan aku dengan dunia belog ni, sebab dia yang betul-betul bagi aku galakan untuk menulis belog. Jom tengok belog dia yang sempoi. Ini cerita si cepit.


Too Much Information (TMI) rasanya kalau aku teruskan menulis pada entri kali ini. Cukup setakat ini.

Have a great, wonderful and blissful day ahead geng. Salam~

2 comments:

  1. salam wrb, malek.
    selamat tahun baru 2012.
    Mkcik doakan kejayaan yg cemerlang utk menjadi seorang Dr kepada bangsa dan agama.
    Good Luck n all the best.

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam..
    thnx makcik..
    InsyaAllah sy akan buat yang tebaik..
    =)

    ReplyDelete