Monday, 2 January 2012

Jack and Jill Movie 2011, the review



Sebut saja nama Adam Sandler, pasti kita atan tersenyum terbayang akan karektor lucu beliau dalam hampir semua watak yang beliau bawakan. Untuk entri kali ini, bukan la tujuan aku untuk menceritakan tentang siapa itu Adam Sandler, tapi tentang filem terbaru beliau, Jack and Jill movie yang mula ditayangkan pada 29hb disember 2011.

Bukan sekali aku menonton cerita ini, tetapi 2 kali berturut-turut. Bukan apa, sebabnya mudah, aku masih lagi boleh tergelak seakan pertama kali aku menonton cerita ini.

Filem ini membariskan pelakon-pelakon yang hebat antaranya, Adam Sandler sendiri (sbg Jack dan Jill), Katie Holmes, Al Pacino dan Johnny Depp.


Ni lah Adam Sandler *kalau sesiapa tak kenal*

Katie Holmes memang cantik

Ni Al Pacino, Godfather tau?

Ni plak Johnny Depp buat special appearance je


Bertemakan komedi lucu tetapi juga mengandungi unsur kekeluargaan, cerita ini berkisah tentang sepasang adik beradik kembar seiras yang dilakonkan sendiri oleh Adam Sandler. Jack merupakan seorang eksekutif pengiklanan yang berjaya di Los Angeles, telah berkahwin dengan Erin (Katie Holmes) dan dikurniakan sepasang anak yang cantik. Kedatangan Jill ke rumah Jack telah menimbulkan huru-hara yang akhirnya berjaya merapatkan kembali hubungan mereka berdua. 

Sejujurnya cerita ini bukanlah cerita kosong, tetapi membawa mesej yang tersendiri. Sampai tahap dimana aku rasa, untunglah ada kembar seiras.




Aku boleh kategorikan cerita ini sebagai filem wajib tonton. Jom saksikan cerita ini sementara masih ditayangkan. Memang berbaloi.

4 comments:

  1. Nice blog. Singgah dan follow sini.

    ReplyDelete
  2. agak2 ade lagik ke citer ni kat wayang skang?haha

    nice blog
    singgah sini
    dari tuiter
    hehehe

    acap

    ReplyDelete
  3. Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi. Blognya nice.
    Jika Anda mau mempromosikan blognya lagi dan share files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
    Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll./ juga catatan atau buku universitas), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
    Coba servis kami tanpa registrasi:)

    ReplyDelete