Saturday, 3 December 2011

Hard Rock Hotel Penang memang ROCK

Salam semua. Terasa dah bersawang dah blog ni sebab tak di update. Almaklumlah sibuk sket. (lol, actually tk de la sibuk mane, tapi malas.) Ada juga teman yang bertanya bila aku dah update blog sebab sepanjang november 2011, aku tak mengeluarkan 1 entri pon. Jawapan aku mudah, boleh tak ko yang tolong updatekan?? hahaha.. tergelak besar mereka.
 
So, pada entri kali ini, aku nak update sket pasal aktiviti aku. Dah lama rasanya aku tak bercuti bersama keluarga. Kali terakhir kitorang pergi PD. 
 
Pada cuti kali ini, kitorang ke Penang. Cuti-cuti Malaysia. Berikut merupakan kronologi perjalanan aku dari KL.

Kitorang bertolak dari Kl lebih kurang 1230 tengah hari (Jumaat, 021211). Perjalanan memakan masa 4jam. Lebih kurang pukul 5 petang baru kitorang sampai kat Hard Rock Hotel Penang.
 
 
 Lepas je check in semua, ape lagi, masing-masing menyiapkan diri untuk terjun kolam renang depan bilik je. Lama dah rasanye aku tak nampak laut. 


Memandangkan kitorang sampai dah petang, tak banyak aktiviti air yang kitorang sempat main. so petang ni, kitorang just sempat naik banana boat je. tapi okaylah daripada tak da.

So lepas je lembek berenang, kitorang sambung berenang lagi, dan terus berenang dekat depan bilik je pon, sementara tunggu dinner sampai kat bilik.
Aktiviti malam ni diteruskan. Lama dah rasanya aku tak tengok live band. Tapi yang kali ini lain sikit, sebab suaranya ke laut. 
 
 
Lepas je layan live band, kitorang pon p gym. Bukan nak workout ke ape, tapi just pusing-pusing. Tapi jika nak dibandingkan dengan gym-gym luar, memang la gym kat sini kecik. Alat pon sikit.


Then kitorang p lepak kat Teen Club. Mula-mula main fussball then main pool. Walaupon aku tk reti maen pool. Tapi untuk pertama kali main, prestasi aku cukup membanggakan.



Sementara orang-orang besar main permainan orang besar, budak-budak plak sbuk bermain PSP and beronline.
 
 
Kitorang berfoya-foya kat Teen Club ni sampai pkol 12 lebih jugak. Terpaksa la dorang extend business hours dorang. Lols..

Sesampai je kat bilik, semuanye pengsan kepenatan.Kalau ikutkan hati, nak saja aku update blog ini semalam. Tapi apakan daya kepenatan. Rehat pon perlu jugak untuk recharge energy. Hari yang panjang bakal menanti. Selamat Malam.


4 comments:

  1. der, cmane plak harga bilik kt hotel ni. aku survey kemain mahal ar.. mane mampu nak check in. xde pendapatan tetap lagi ni. haha

    ReplyDelete
  2. achik ezam.. apenye yg untunglaa?? hahaa

    ReplyDelete
  3. weyh neezam.. aku pon tk tau.. aku p je.. family yg baya.. hahaha.. tunggu kerja la derr mampu.. hehehe

    ReplyDelete