Thursday, 1 September 2011

Pembangunan Universiti Malaya


Salam semua. Selamat hari raya ketiga. Walaupun tengah beraya, tapi aku curi masa nak update blog aku. Sebab bosan kat sini. Hahaha..

 Entri kali ini aku nak kongsi tentang rancangan pembangunan semula ke atas tanah kepunyaan Universiti Malaya di Seksyen 12 Petaling Jaya Selangor. Berikut aku letakkan butiran pasal rancangan ini yang aku terbaca dari satu website.  

Jom kite layan.

Lakaran hasil projek

Tajuk Projek:

CADANGAN PEMBANGUNAN SEMULA KE ATAS TANAH KEPUNYAAN UNIVERSITI MALAYA SELUAS 12.84 EKAR DI SEKSYEN 12, PETALING JAYA SELANGOR DARUL EHSAN SECARA MEREKABENTUK, MEMBINA, MENYIAPKAN, MENYELENGGARA DAN MEMINDAHMILIK KEDIAMAN PELAJAR SERTA KEMUDAHAN

Lokasi:

Seksyen 12, Petaling Jaya, Selangor

Pelanggan:

University Malaya

Sum Kontrak:

RM240,029,819

Status:

Peringkat proposal 



Penerangan mengenai Projek:

Membangunkan kolej pelajar bagi menampung 13062 pelajar dengan kemudahan termasuk bangunan komersil dan pentadbiran

Pembangunan akan terdiri daripada :
  1. Blok Asrama (6 blok tingkat 18 dan 11)
  2. Universiti Blok Pangsapuri (3 blok 16 lantai)
  3. Post Blok Apartment Siswazah (1 blok 16 lantai)
  4. Pelajar Blok Pusat Perdagangan (1 blok tiga tingkat)
 dan Sebuah plaza yang dipanggil UM Plaza sebagai titik pusat bagi pembangunan secara keseluruhan.

                                   *******************************************************

Cuba korang bayangkan kalaulah projek ni betul-betul berjaya, aku tak dapat bayangkan betapa besarnya nanti kawasan PPUM. Senanglah semua pelajar, tak payah pergi midvalley lagi. So lepak je kat UM plaza. Harap-harap, projek ni taklah jadi "gajah putih".

Ni la Gajah Putih


So setakat ni saja perkongsian aku. Jangan lupe tinggalkan respon dan komen korang pasal projek ni.

Saya bangga menjadi sebahagian daripada UM

No comments:

Post a Comment