Friday, 9 September 2011

Kenapa tak percaya ke? #1


Salam. Aku ada baca majalah remaja baru-baru ni, so aku ada terbaca fakta menarik ni. Fakti yang aku nak kongsikan ada 14 kesemuanya, jadi aku pecahkan kepada 2 bahagian, dan ini bahagian yang pertama.

Jom kita layan.


1. Tahukah anda apabila 350ml air diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak?

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tidak dapat disiapkan.


3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu pada arah yang bertentangan.

4. Tahukah anda seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.


5. Tahukah anda, cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor, sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

6. Tahukah anda, orang yang tidak pernah kisah langsung pasal wang ringgit, pangkat dan kedudukan serta harta dunia adalah orang utan.


7. Dan tahukah anda, bahawa hampir kesemua pembaca entri ini telah mencuba untuk menyentuh telinga dengan menggunakan siku.

Cukup untuk bahagian pertama. Jangan marah ye semua. 

4 comments: