Tuesday, 13 September 2011

Hari pertama semester baru


Dream what you want to dream! Because you only have one life to live and one chance to do all the things you want to do

Salam semua. Lama rasanya aku tak update blog ni. Busy sikit sebab semester baru dah start. So, kalau aku tak curi masa, nampaknya memang aku tak akan ada masa lah nak review dan update blog ni.

Sekarang nie jam dah menunjukkan tepat jam 2.00pg hari selasa, 13hb 9 2011. Mata tak berapa nak ngantuk sangat. Cuma badan je letih. Almaklumlah, dah terbiasa berehat panjang kat rumah. Tido bile malam, bangun pon dah nak malam. Hahaha. *terukkan aku. 

So pada entri kali ini, aku nak berkongsi lah serba sedikit kesibukan dan kerunsingan aku untuk semester ini. 

Permulaan untuk hari pertama aku bermula agak teruk, sebab semalam aku balik kolej agak lewat, lebih kurang pukul 12.30 malam. Disebabkan terlalu sibuk beraya dan open house serta layan wayang (hantu Bonceng). So, bila sampai je kat bilik, aku dah penat dan terus tidur. (Barang-barang aku humbankan aja dalam loker).

Plan mulanya nak bangun dalam pukul 3.30 pagi, untuk sembahyang tahajud *erk, konon-kononnya (tapi sebenarnya nak kemas barang). Tapi apakan daya, masa mencemburui aku, so aku terus tidur dan akhir nya bangun pukul 7.30 pagi, (padahal kelas pukul 8 pagi). 

So ape lagi, bergegas la aku mandi, solat (walaupun dah subuh gajah), dan terus ke kelas. Tapi biasa lah, nasib selalu menyebelahi aku, pensyarah ditakdirkan datang lewat. So aku terselamat.

Akibat bangun lewat dan tak sempat bersarapan, aku teruskan niat aku untuk berpuasa 6. Alhamdulillah, baru dapat sehari. Syukurlah.

Ni je bangunan PCM (tak da la besar mana pon)

Untuk hari pertama posting Primary Care Medicine (PCM), aku diberi taklimat bersama kawan-kawan yang lain oleh Dr. Mohazmi. Urm, seperti biasa lah, lebih kurang 5 buku, dan jadual sepanjang posting (1bulan) diedarkan. Pergh. Naik berpinar + hampir nak pitam aku tengok jadual yang padat + complicated + serabut + dan lain-lain. Dah la susah nak faham, setiap hari buat benda berbeza-beza. Pergh, boleh tahan tension aku dibuatnya.

Urm, apakan daya, aku hanya mampu berserah. 

Selepas saja taklimat pasal semua tugasan yang aku patut lakukan (Attachment dekat klinik, Hopsis, Nursing care, dan lain-lain lagi), program pada hari ini diteruskan dengan tutorial 1. Pergh, dah la bosan, mengantuk pulak tu. Sabo je lah (ungkapan manis ucop wilca). Kemudian lebih kurang pukul 12.00 tengah hari, Dr Mohazmi pon dah mula penat bercakap dan tepat jam 12.30 tengah hari beliau pon berhenti berkata-kata dan melepaskan kitorang untuk rehat.

Aku dengan kadar segera bergegas pulang ke bilik dan sambung beradu. Tepat jam 1.45 petang, aku bangun untuk solat dan bergegas ke kelas. Buat kali kedua, nasib menyebelahi aku. Pensyarah sekali lagi tersesat dan lambat sampai. Jadi kelambatan aku itu berbaloi (so boleh la datang lambat lagi).

Petang ini, aku dan kawan-kawan dihiburkan dengan Tutorial 2 yang disampaikan oleh Prof Saja (mantan kepala jabatan @ head department PCM). Beliau mengajar aku dan kawan-kawan cara untuk menulis priskripsi ubat dan surat rujukan, (tulis surat pon mau belajar ke?)
Lebih kurang pukul 4.00 petang, beliau pon berhenti kepenatan. 

Kami kemudiannya dibawa sekitar bangunan PCM untuk tujuan lawatan dan suai kenal bersama staf-staf berkaitan. Tak sangka pulak aku besar jugak bangunan PCM ini. Naik lemah lutut aku dibuatnya. Kemudian jam 5.00 petang kami semua dilepaskan pulang ke kolej.

Sebelum aku terlupa, ni la Prof. Madya Nik Sherina Haidi binti Hanafi, ketua jabatan PCM yang baru. Beliau ni sangat hebat dan inspiring (MBBS malaya jugak)


Alhamdulillah, kali ini aku berjaya menemui jalan pulang dan tidak sesat. Ku panjatkan kesyukuran kepada yang Maha Esa. Amin.

When you feel your heart getting tired, walk with your legs. Keep moving and never give up!

4 comments:

  1. Wah...bestnyer,,,..^___^ windu zaman belajar....
    ape pun, gud Luck!
    my recent pOst : Why U do like that to ME..?

    ReplyDelete
  2. haha.. windu? btw dah keje ke? bleh p smbong stdy lg la.. hahaa

    ReplyDelete