Sunday, 4 September 2011

Conan the Barbarian



Salam. Pergh terasa lama aku tak update blog. Almaklumlah, tak ada mood dan kekuatan untuk berbelog aku dah hilang (ayat yang tak boleh dimaafkan, hehehe). Walau macam mana pun aku cuba untuk tulis belog ni semampu aku

Jadi, pada entri kali ni, aku nak kongsi cerita dan pendapat aku pasal cerita "Conan the Barbarian" lakonan hebat Jason Momoa, Rachel Nicols (dia ni aku kenal la), Rose McGowen, Stephen Lang dan Ron Perlman. Sebenarnya, satu pon aku tak kenal pelakon ni. Haha.

Ni gambar pelakon-pelakon Conan bagi sesiapa yang tak tahu kewujudan diorang.

Jason Momoa sebagai Conan (Hero)

Rachel Nicols sebagai Tamara (Heroin)

Rose McGowen sebagai Marique (Antagonis)

Ron Perlman sebagai Corin (Ayah Conan)

Stephen Lang sebagai Kalar Zym (Ayah Marique)
Bagi yang dah tengok cerita Prince of Persia (PoP), cerita ni pon macam lebih kurang sama la. Ada unsur-unsur magis, cinta dan aksi. Cuma pelakon dalam PoP lebih dikenalilah. Sape tak kenal Jake Gyllenhaal, Gemma Arterton dan Ben Kingsley. Semuanya hebat-hebat.

Tapi bukanlah maksud aku pelakon dalam Conan tak hebat, tapi bila korang dah tengok korang akan faham ape yang aku maksudkan. Haha. So, secara keseluruhannya bagi aku cerita ni okay-okay je la. Pelakon okay. Tapi jalan cerita kurang sikitlah, lurus je tak da belok-belok macam dalam PoP (tu yang menyebabkan PoP lagi best, hihihi) dan aksi dalam cerita ni pon kurang. 

Ni gambar pelakon Conan apabila pakai kostum. Macam orang zaman purba. 






Banyak pulak aku kritikkan. Padahal aku tak ada kelayakan pon nak komen lebih-lebih. Aku just bagi pendapat aku je. So bagi sesiapa yang suka sangat dengan cerita conan tu janganlah marah aku ye. Aku tak cerita banyak pasal jalan cerita Conan ni sebab aku nak korang pergi tengok sendiri okay. 


So cepatlah pergi tengok kat wayang sementara masih ada. Kalau boleh pergi la tengok yang "gold class",  sebab kalau korang rase bosan boleh la terus tidur. Hahaha.

Okay la, cukup sampai sini untuk entri kali ini. Salam.

No comments:

Post a Comment