Saturday, 24 September 2011

Pictures to be shared #5


Salam semua. Selamat berhujung minggu. Sejak kebelakangan ni, aku terasa macam nak berkongsi gambar-gambar dan lagu-lagu dengan korang semua. Aku harap korang enjoy la ye. Bukan la gambar dan lagu kosong, tapi aku harap korang dapat ape yang aku nak sampaikan.

Kadang-kadang bila kita dengar lagu dan tengok gambar, benda ni lah akan akan lebih lama melekat dalam kepala hotak kita berbanding, karangan yang berjela-jela. Sapa yang tk suka kalau buku teks banyak gambar, betol tak?

So malam ni aku nak kongsikan 3 gambar dengan korang. Jom layan..

Sesungguhnya beringatlah bahawa Allah Maha Mengetahui lagi Bijaksana

Sometimes God doesn't give what I ask, but He makes me feel good with what I have.

Tiada pendengar yang lebih baik melainkan hanyalah Dia

Leave room to let God do what he does. We don't always know what's best, but He does.

Tiada duka yang abadi, bersabarlah.
Take problems as God's ways to improve you. Remember, it takes a ton of pressure to make a diamond.


So, gambar ni bukan la gambar kosong yang tak da isi, harap gambar-gambar ini jadi penawar duka dan dapat dekatkan diri kita kepadaNya. Amin.

Selamat beramal.


Friday, 23 September 2011

Wordless Wednesday #2

Ranking akukah?? 

Thursday, 22 September 2011

Lagu menceritakan segalanya #2



Salam semua. Selamat malam jumaat. Dah baca yasin belom? hahaha.. So entri kali ini adalah lanjutan entri lepas pasal lagu Di Saat Aku mencintaimu oleh Dadali. Korang dah dengar dan baca belum lirik lagu tu? Hayati (bukan yatie ye) dan korang akan dapat rasa. Haha.. Rasa apa? Rasa apa yang penyanyi tu rasa la. Haha.




Untuk perkongsian kali ini, aku nak korang dengar lagu ni plak, Tiada Duka yang Abadi oleh Opick. Beliau juga artis dari seberang (Indonesia).  So kalau korang hayati dan dengar bait-bait lirik lagu ini, ia mengisah tentang penyesalan seorang insan atas kesilapan, kekhilafan dan dosa yang telah dia lakukan pada masa lampau.

Kemudian beliau dirundum duka. Dan pada ketika dan saat itu la beliau menyesal atas kesalahannya. Tapi beliau sedar akan masa tidak bisa diputar kembali dan berharap agar bahagia pada akhirnya, kerana Tiada Duka yang abadi

Jom layan lirik lagu dulu.

Tiada Duka Yang Abadi oleh Opick

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya


Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini


Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani


Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini


Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini


Ni video clip nye plak.. Jom tengok sape itu Opick.. 



So setakat ini amacam? korang dapat rase tak ape yang penyanyi tu rasa dan nak sampaikan? Kalau belum, korang kena gali lagi. Belajar lirik lagu ni. Haha. Happy, happy jugak, tapi kita mesti beringat. Selamat beramal semua.



Dan sesungguhnya, Allah tidak akan membebani hambaNya dengan beban yang tidak tertanggung olehnya. Dan Allah itu Maha mengetahui.



Pictures to be shared #4


Salam semua. Ni entri ke dua malam ni. Gambar-gambar yang aku nak kongsikan kali ni pasal broken heart. Klik sini untuk korang tengok gambar-gambar yang lama.

Jom layan.

Kucing comel 1, suka tak? haha
Never trust too much. Never love too much. Never hope too much, because that too much can hurt you so much

Kucing comel 2 yang bermuka innocent. 
Be careful and protect your heart wisely! Love is like heaven, but it can hurt like hell.

Budak laki ini kesejukan, sebab dia demam, akibat frust bercinta. Haha
Love was made for us to enjoy; not take advantage of, but cherish, not destroy.

Wednesday, 21 September 2011

Lagu menceritakan segalanya


Salam semua. Entri kali ini aku dedikasikan khas kepada mereka yang putus bercinta atau sesiapa saja yang mempunyai kaitan secara langsung atau tidak langsung. Pertama kali aku dengar lagu ni, tak menarik pon, tapi selepas berulang kali dan aku hayati liriknya, layan gak la. Hahaha.

Lagu ni menceritakan tentang seorang lelaki yang ditinggalkan kekasihnya, disaat cinta mula berputik. Namun, atas kekerasan hati kekasihnya si lelaki ini ditinggalkan begitu saja tanpa rasa belas kasihan. Pengalaman dan kisah silam yang pahit membuatkan kekasihnya itu tekad dengan keputusan untuk putus.

Jom kita layan lirik, then kita tengok video klipnya. 


Di Saat Aku Mencintaimu oleh Dadali

Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku


Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta



Aku harap korang enjoy layan lagu ni.. Hahaha... 

Pretending to be happy when you're in pain is just an example of how strong you are as a 
person.
Just because we don't talk doesn't mean I don't think about you. I'm just trying to distance myself because I know I can't have you.

Sunday, 18 September 2011

Yuran semester 1 2011/2012, murah atau mahal?


Salam semua. Terasa rindu kat belog aku ni. Dah nak dekat seminggu aku tak update. Sebab tak da idea nak tulis ape. Hahaha. 

So kali ini, aku kembali dengan entri terbaru, pasal yuran. Murah atau mahal? Aku harap korang boleh nilai sendiri, seingat aku, sejak dari 1st year, tak pernah ada yuran semahal ini. (betul ke? haha)

Separuh daripada JPA yang aku BAKAL dapat (entah bila la) akan habis hanya untuk bayar yuran je, tak dapat la nak berjoli. Hahaha. Berbaur niat yang tak baik disitu.

Bukan lah tak reti bersyukur kalau dibandingkan dengan universiti swasta lain. Tapi aku harap korang faham-faham sendiri la. Aku teringin jugak menyimpan dan menabung untuk masa depan. Yelah, sekarang ni nak kawin bukannya murah, kalau tak de half million tk yah lah nak kacau-kacau anak dara orang. Hahaha 

Time ni la terasa untunglah budak-budak UiTM kan.Dah la yuran murah, dapat menyimpan pulak tu.  Nampak nye meragut rumput lagi la aku semester ni.
Join kambing ni pon okay ape..
Sumbangan FAMA (Father and mother) amatlah dialu-alukan. Atau mana-mana badan amal yang berhajat dan bermurah hati untuk menaburkan bantuan. Silalah. Jangan malu-malu. 
 
Jom tengok yuran ni:

RM 3,090.00 weyh! Korang hadooo??
Sikit ke banyak? Murah ke mahal? Kau hadoo??

Dan disini aku nak tegaskan bahawa di atas adalah yuran untuk 1 semeter sahaja, semester 2 yuran lain. Ada faham? (total adalah dalam RM 6,000 kot!!)

Tepuk dada, tanya selera korang nanti nak shopping barang apa je nanti (petaling street lagi la ni) Nampaknya aku dapat cium bau baju je la kat Topman ngan Zara tu nanti. 




Tengok ni, mengalir lagi



Tuesday, 13 September 2011

masa untuk tidur

Masa untuk tidur semorang. 

Selamat Malam dan jumpa lagi

*macam nak p mana je*



Sleep - the most beautiful experience in life - except drink.  W. C. Fields 

Hari pertama semester baru


Dream what you want to dream! Because you only have one life to live and one chance to do all the things you want to do

Salam semua. Lama rasanya aku tak update blog ni. Busy sikit sebab semester baru dah start. So, kalau aku tak curi masa, nampaknya memang aku tak akan ada masa lah nak review dan update blog ni.

Sekarang nie jam dah menunjukkan tepat jam 2.00pg hari selasa, 13hb 9 2011. Mata tak berapa nak ngantuk sangat. Cuma badan je letih. Almaklumlah, dah terbiasa berehat panjang kat rumah. Tido bile malam, bangun pon dah nak malam. Hahaha. *terukkan aku. 

So pada entri kali ini, aku nak berkongsi lah serba sedikit kesibukan dan kerunsingan aku untuk semester ini. 

Permulaan untuk hari pertama aku bermula agak teruk, sebab semalam aku balik kolej agak lewat, lebih kurang pukul 12.30 malam. Disebabkan terlalu sibuk beraya dan open house serta layan wayang (hantu Bonceng). So, bila sampai je kat bilik, aku dah penat dan terus tidur. (Barang-barang aku humbankan aja dalam loker).

Plan mulanya nak bangun dalam pukul 3.30 pagi, untuk sembahyang tahajud *erk, konon-kononnya (tapi sebenarnya nak kemas barang). Tapi apakan daya, masa mencemburui aku, so aku terus tidur dan akhir nya bangun pukul 7.30 pagi, (padahal kelas pukul 8 pagi). 

So ape lagi, bergegas la aku mandi, solat (walaupun dah subuh gajah), dan terus ke kelas. Tapi biasa lah, nasib selalu menyebelahi aku, pensyarah ditakdirkan datang lewat. So aku terselamat.

Akibat bangun lewat dan tak sempat bersarapan, aku teruskan niat aku untuk berpuasa 6. Alhamdulillah, baru dapat sehari. Syukurlah.

Ni je bangunan PCM (tak da la besar mana pon)

Untuk hari pertama posting Primary Care Medicine (PCM), aku diberi taklimat bersama kawan-kawan yang lain oleh Dr. Mohazmi. Urm, seperti biasa lah, lebih kurang 5 buku, dan jadual sepanjang posting (1bulan) diedarkan. Pergh. Naik berpinar + hampir nak pitam aku tengok jadual yang padat + complicated + serabut + dan lain-lain. Dah la susah nak faham, setiap hari buat benda berbeza-beza. Pergh, boleh tahan tension aku dibuatnya.

Urm, apakan daya, aku hanya mampu berserah. 

Selepas saja taklimat pasal semua tugasan yang aku patut lakukan (Attachment dekat klinik, Hopsis, Nursing care, dan lain-lain lagi), program pada hari ini diteruskan dengan tutorial 1. Pergh, dah la bosan, mengantuk pulak tu. Sabo je lah (ungkapan manis ucop wilca). Kemudian lebih kurang pukul 12.00 tengah hari, Dr Mohazmi pon dah mula penat bercakap dan tepat jam 12.30 tengah hari beliau pon berhenti berkata-kata dan melepaskan kitorang untuk rehat.

Aku dengan kadar segera bergegas pulang ke bilik dan sambung beradu. Tepat jam 1.45 petang, aku bangun untuk solat dan bergegas ke kelas. Buat kali kedua, nasib menyebelahi aku. Pensyarah sekali lagi tersesat dan lambat sampai. Jadi kelambatan aku itu berbaloi (so boleh la datang lambat lagi).

Petang ini, aku dan kawan-kawan dihiburkan dengan Tutorial 2 yang disampaikan oleh Prof Saja (mantan kepala jabatan @ head department PCM). Beliau mengajar aku dan kawan-kawan cara untuk menulis priskripsi ubat dan surat rujukan, (tulis surat pon mau belajar ke?)
Lebih kurang pukul 4.00 petang, beliau pon berhenti kepenatan. 

Kami kemudiannya dibawa sekitar bangunan PCM untuk tujuan lawatan dan suai kenal bersama staf-staf berkaitan. Tak sangka pulak aku besar jugak bangunan PCM ini. Naik lemah lutut aku dibuatnya. Kemudian jam 5.00 petang kami semua dilepaskan pulang ke kolej.

Sebelum aku terlupa, ni la Prof. Madya Nik Sherina Haidi binti Hanafi, ketua jabatan PCM yang baru. Beliau ni sangat hebat dan inspiring (MBBS malaya jugak)


Alhamdulillah, kali ini aku berjaya menemui jalan pulang dan tidak sesat. Ku panjatkan kesyukuran kepada yang Maha Esa. Amin.

When you feel your heart getting tired, walk with your legs. Keep moving and never give up!

10 penjaga gol terhebat sepanjang zaman


Salam semua. Siapa peminat bola sepak antarabangsa? Korang? Maaf, tapi bukan aku. Hahaha. Walaubagaimana pon, kenal tak semestinya kena cinta (aku tukar sikit, tak kenal maka tak cinta). Artikel yang aku nak kongsikan ini, aku terbaca dalam sebuah majalah yang menarik tentang 10 penjaga gol sepanjang zaman.

Mereka-mereka ini  bukan saja menunjukkan prestasi hebat dan luar biasa tetapi juga berjaya menyelamatkan pasukan mereka daripada dibolosi oleh pasukan lawan. Mereka ni jugak boleh dikatakan kekuatan dan lagenda dalam pasukan mereka.

Jom layan.

1. Lev Yashin (USSR) , tengok saja aksi beliau dah tau
beliau ni hebat. Betul tak?


2. Peter Schmeichel (Denmark), penjaga gol yang boleh terbang!
Hebat. Cukup hebat.

3. Gordon Banks (England), korang dapat kenal pasti tak
kehebatann tangan beliau?

4. Sepp Maier (Jerman), penjaga gol kedua yang boleh
terbang  secara mengiring. Kau hadoo??

5. Dino Zoff (Itali), kalau nak jadi penjaga
gol yang hebat kena pandai main bowling! Betol ke?

6. Oliver kahn (Jerman), bukan sahaja kena berlatih semasa hati
panas, masa hujan pun kena berlatih okay.

7. Peter Shilton (England), ni pulak kena belajar terbang untuk
 menangkap bola. Bukan mudah tapi tak mustahil.


8. Gianluigi Buffon (Itali), penjaga gol ini pula begitu hebat,
hanya perlu baring  dan bola akan datang dalam genggamannya.

9. Pat Jennings (Ireland Utara), tangan kirinya lebih
 besar berbanding tangan kanannya. Betol?

10. Bert Trautmann (Jerman), korang tau
 tak bolanya kat mane?

Sekian, terima kasih.

Success is not about what you have. It is about how you handle what you have




Saturday, 10 September 2011

Awak ada tahi lalat tak?

 
Salam semua. Ni aku nak kongsi lagi satu artikel yang menarik yang aku baru baca. Siapa yang tak da tahi lalat kat dunia ni? Ada ke? haha. Kalau ada pon mesti dorang dh buang tahi lalat tu. Sebab aku sendiri ada lebih dari 1 tahi lalat.

Enrique Iglesias penyanyi pon. Korang nampak tak tahi lalat dia?

So sekarang jom baca artikel berkaitan tahi lalat dan sifat peribadi orang itu atau firasatnya. Jom layan

1. Alis mata
  • Alis kanan - suka menolong dan baik hati
  • Alis kiri - ramai peminat
2. Hidung
  • Pada hidung - banyak dan murah rezeki
  • Batang hidung - ramai peminat, dicintai dan mudah menjadi kaya
3. Pipi
  • Pipi kanan - ramai kawan-kawan
  • tengah-tengah pipi kanan - ramai yang suka
  • tengah-tengah pipi kiri - suka berkawa
Bawang putih pon ada tahi lalat kat pipi kanan. 
4. Mulut
  • Hujung mulut kanan - kecil rezeki dan tak mudah mengalah
  • Hujung mulut kiri - suka berfoya-foya
5. Bibir
  • Bibir atas kanan -  banyak rezeki dan pandai
  • Bibir atas kiri -  ramai kawan dan baik hati
  • Bibir bawah kanan - disegani orang dan ramai yang suka
  • Bibir bawah kiri - pandai brbicara dan cekal

So ada yang kena dan tepat tak dengan korang. Hahaha. Ni ramalan jer. Bukan boleh pecaya sangat pon. Kalau betol pun ini mungkin satu kebetulan. Kalau tak betol pon jangan marah kat aku plak yerk. Aku just berkongsi.

Selamat berhujung minggu dan beropen house. 

Lelaki vs Wanita


Salam semua. Selamat berhujung minggu. Baru lepas menyelak majalah lama-lama. Bosan. So ada terbaca artikel ni Lelaki Vs Wanita. Macam best untuk dikongsikan.

Jom layan.

1. Lelaki- menganggap mencari nafkah adalah kuasa mutlak mereka
   Wanita- mendidik anak-anak dan megurus rumahtangga, walaupun mereka bekerja (Sebab tu dorang cepat stress)

2. Lelaki- kebanyakan masa bersikap diskriminasi terhadap wanita
   Wanita- mereka memerlukan ketelitian untuk pastikan urusan mereka perfect (Sebab tu dorang ni lecer sket)

3. Lelaki- Bijak dalam mengawal emosi dan rasional (berjiwa kental)
   Wanita- Emosi selalu tidak stabil dan mudah terganggu 

4. Lelaki- Bertindak lebih banyak berbanding bercakap
   Wanita- lebih kecoh berbanding lelaki (banyak mulut)

5. Lelaki- Mudah hilang petimbangan dan kadang-kadang lebih kejam berbanding wanita (kuasa veto)
   Wanita- Sering menggunakan kecantikan dan kelembutan sebagai kuasa mereka
6. Lelaki- menganggap mencari nafkah adalah kuasa mutlak mereka
   Wanita- mendidik anak-anak dan megurus rumahtangga, walaupun mereka bekerja (Sebab tu dorang cepat stress)

7. Lelaki- Sentiasa memerlukan masa dan ruang untuk bersama teman-teman lama
   Wanita- Sentiasa mendambakan belaian dan selalu ingin ditemani

8. Lelaki- selalu ada masalah pendengaran akibat tindakan wanita
   Wanita- memiliki suara yang kuat dan tajam terutama bila ketawa (suara macam nak pecah rumah)

9. Lelaki- tidak gentleman kalau meminta duit wanita
   Wanita- bergantung harap agar lelaki yang belanja mereka makan atau tengok wayang

10. Lelaki- lebih ego
    Wanita- lebih mudah meluahkan perasaan.

So sape menang? lelaki ke wanita? hahaha.. 

Bertentangan tetapi saling memerlukan.

Friday, 9 September 2011

Kenapa tak percaya ke? #1


Salam. Aku ada baca majalah remaja baru-baru ni, so aku ada terbaca fakta menarik ni. Fakti yang aku nak kongsikan ada 14 kesemuanya, jadi aku pecahkan kepada 2 bahagian, dan ini bahagian yang pertama.

Jom kita layan.


1. Tahukah anda apabila 350ml air diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak?

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tidak dapat disiapkan.


3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu pada arah yang bertentangan.

4. Tahukah anda seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.


5. Tahukah anda, cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor, sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

6. Tahukah anda, orang yang tidak pernah kisah langsung pasal wang ringgit, pangkat dan kedudukan serta harta dunia adalah orang utan.


7. Dan tahukah anda, bahawa hampir kesemua pembaca entri ini telah mencuba untuk menyentuh telinga dengan menggunakan siku.

Cukup untuk bahagian pertama. Jangan marah ye semua. 

Penyakit Paling Popular



Salam semua. Kali ini aku nak kongsi 10 penyakit paling popular bagi mereka yang bergelar lelaki. So bagi wanita, korang jangan ingat korang selamat, tetapi ambillah langkah berjaga-jaga ya.

Jom layan.

1. Sakit jantung

2. Penyakit sekatan pernafasan kronik (Chronic Obstructive Pulmonary Disease, COPD)

3. Kencing manis

4. Strok

5. Kanser pankreas

6. Kanser prostat

7. Tekanan darah tinggi

8. Batu karang

9. Obesiti

10. Gout

Jangan salahkan lapisan ozon yang makin menipis atau kesan pemanasan global jika korang diserang penyakit. Kebanyakkan penyakit disebabkan oleh diri kita sendiri.




So, mencegah lebih baik dari mengubati. Ubahlah cara hidup kita ke arah yang lebih sihat.

Kencing manis di mata anda..

Salam semua. Sejak kebelakangan ini, semua entri-entri aku macam pasal kesihatan je, urm, almaklumlah, ini bidang aku. Sebarang persoalan berkaitan penyakit ini, bolehlah disuarakan sebagai komen.

So, pada kali ini, aku akan berkongsi, gejala atau tanda-tanda atau simptom-simptom penyakit kencing manis. Seperti yang semua sedia maklum, kencing manis atau diabetes merupakan menyakit yang begitu berkait rapat dengan tabiat makan kita.

Berikut merupakan tanda-tanda awal penyakit ini.












Bagi tujuan diagnosis, mereka yang mengalami gejala ini, haruslah berjumpa doktor dengan segera bagi mendapatkan pandangan. 

So setakat ini aja perkongsian aku dalam entri kali ini.