Monday, 29 August 2011

Ramadhan Terakhir




Salam semua. Sedar tak sedar kita dah sampai ke penghujung Ramadhan bulan yang mulia ini, hari ini merupakan hari yang terakhir sebelum menjelangnya Hari Raya Aidilfitri esok. Sesungguhnya Ramadhan kali ini bergerak begitu pantas seakan baru saja bermula rasanya.Tak puas lagi aku berpuasa, tak cukup lagi rasanya aku berterawikh walaupun ada juga yang aku kurang.

Saat terbenamnya matahari petang nanti, maka berkumandanglah takbir raya yang bakal memecah kesunyian malam, yang mencetuskan keriangan pada riak wajah anak-anak kecil dan yang juga akan meruntun sayu pada jiwa seluruh umat Islam. Di saat itu juga, maka terlepas dan bertebaranlah para syaitan yang dibebaskan dari ikatan dan kembali menyesatkan anak Adam.

Sesungguhnya Ramadhan itu boleh diibaratkan sebagai sebuah medan perang. Dimana dalam 30 hari yang lalu kita menghadapi musuh yang terbesar jauh lebih hebat dari sekalian para syaitan. Ia terlepas dari rantaian dan ia jauh lebih dekat dengan kita. Dan musuh inilah yang kita panggil "hawa nafsu". Adakah kita jauh lebih hebat dari hawa nafsu? Fikir-fikirkan.



Untuk entri kali ini, aku ingin mengajak diri aku dan korang semua untuk kita sama-sama bermusahabah diri, menilai kembali apa yang telah kita peroleh sepanjang sebulan kita berpuasa. Adakah Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang lepas?Adakah hari dalam bulan Ramadhan ini lebih baik dari hari dalam bulan-bulan lain? Atau lebih teruk? Tepuklah dada, tanyalah iman. Jika ada perubahan kearah kebaikan, maka Alhamdulillah dan teruskanlah, tetapi jika sebaliknya, maka beringatlah selagi mana pintu taubat Allah dibuka.

Daripada Umar bin al-Khattab, berkata: “Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung, timbanglah amalanmu sendiri sebelum ia ditimbangkan untukmu, dan bersedialah untuk hari pembentangan amal yang besar, sesungguhnya hisab pada hari kiamat menjadi ringan bagi sesiapa yang melakukan muhasabah diri di dunia ini”.

Daripada Syidad bin Aus, berkata: Sabda Rasulullah SAW: “Orang yang bijak ialah orang yang menundukkan hawa nafsunya dan beramal untuk hari selepas mati. Orang yang lemah ialah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan sesuatu di sisi Allah”


Aku rasa cukup la setakat ini perkongsian dalam entri "Ramadhan Terakhir".  Teman-teman, walaupun umur kita masih muda tetapi beringatlah, ajal tidak mengira usia, belum tentu lagi kita berjumpan Ramadhan yang akan datang. Gunakanlah apa yang kita peroleh dan belajar dalam Ramadhan kali ini dalam kehidupan seharian, semoga hari-hari mendatang kita diberkati, amin. 

Jom kita tengok video "Rintihan Ramadhan" ini. Hayatilah~




Sekian, semoga bertemu lagi. Salam Syawal buat semua.



No comments:

Post a Comment