Sunday, 28 August 2011

Perjalanan Hidup Seorang Insan



Salam semua. Seperti biasa lepas sahur mood untuk menulis entri baru datang, walaupun tidak aku undang. So apakan daya, aku turuti.

Untuk entri kali ni, aku nak berkongsi serba sedikit tentang perjalanan hidup aku, bermula sejak aku di bangku sekolah tadika hingga lah ke tempat di mana aku berada sekarang ini, "hanya di mercu" atau "menuju menara gading" senang kata, universiti.

Aku bukan lah anak orang kaya yang masa umurnya 2 tahun telah dihantar ke sekolah untuk belajar komputer, atau aku bukan lah anak terpilih yang dihantar ke sekolah swasta mahupun ke Kumon ataupun Smart Reader.

Aku memang puas menjalani 5 tahun usia kanak-kanakku dengan bermain, panjat pokok, sabung ayam, laga ikan mahupun mandi lombong.

*walaupun sebenarnya aku tidak melakukan aktiviti tersebut, tapi nak dijadikan cerita terpaksa lah propa sket.

Masa aku umur 6 tahun:


Tadika Kemas Denai Selatan


Sekolah rendah yang begitu syok. Kat sekolah ni lah aku amek Penilaian Tahap Satu (PTS) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Sekolah Kebangsaan Perumahan SEDC
(sampai sekarang aku tak tahu ape itu SEDC)


Sekolah agama sampai darjah 5 sahaja, sedih sebab tak sampai darjah khas gara-gara masuk asrama. Tapi sebenarnya aku pun malas juga. 

*Maaf, logo sekolah tak dapat dijumpai. Sedih lah juga.

Sekolah menengah yang ada asrama harian. Di sinilah titik bermulanya dimana aku hidup berjauhan dari keluarga. Padahal rumah sekangkang kera je dengan sekolah menengah aku. Tapi lagi mau duduk hostelkan. Nak buat macam mana, ikut kehendak orang tua lah katakan.



Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB)
ataupun English College (EC)


Kemudian selepas Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan keputusan yang tak berapa nak cemerlang sangat, aku masuk sekolah asrama penuh yang juga tak berapa nak gemilang sangat. Tapi walau tak gemilang macam SAS ataupun SDAR, aku masih berbangga berada di SAKTI. Macam-macam adoo.

Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi
(SAKTI)

Belum sempat aku nikmati cuti sekolah, aku dah terpaksa ke Tronoh, Perak untuk menghadiri EduCamp Petronas. Alhamdulillah, atas perkenan yang Esa, aku berjaya masuk ke Universiti Teknologi Petronas.

Pengalaman yang tak terjangkau dek akal fikiran sepanjang aku berada di UTP. Dah la kengkawan semuanya sangat best dan havoc lagi gila dari aku. Tapi entah macam mana entah, walau gila macam mana pon dorang tetap power. Cuma aku je la yang macam "telur". Dah nasib badan.

UTP


Belum sempat aku amek peperiksaan semester 1, aku dah cabut. Bukan lari, tapi lebih kurang macam itulah. Sebabya aku dah terima tawaran masuk ke Pusat Asasi Sains Univesiti Malaya.


PASUM


Kemudian, selepas menghabiskan 1 tahun dok bertapa menelaah pelajaran, alhamdulillah, sekali lagi aku berjaya mengekalkan tempat dan kedudukan aku sebagai mahasiswa Universiti Malaya. Aku diterima masuk untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di universiti yang sama. Senang, tak payah nak angkut barang jauh-jauh.



So sekarang ini, aku masih lagi belajar di universiti ini, menghabiskan sisa-sisa tahun yang aku ada kat UM ni. Adalah lah dalam 2 tahun lagi. Setakat ini, aku rasa, aku adalah antara budak yang paling lama berada di UM, kalau masuk tahun ini dah 5 tahun (1 tahun PASUM + 4 tahun ijazah).

Aku rasa setakat ini sahaja entri untuk Perjalanan Hidup Seorang Insan yang aku rujuk kepada diri aku sendiri. Harap korang dah kenal la serba sedikit pasal aku. Ingat tau jangan tak ingat sebab benda alah ni lah yang akan di tanya dalam exam korang. 



Sampai ketemu. Da~


Hidup ini terlalu singkat untuk kita bimbang mengenai perkara-perkara kecilNikmati apa yang kita ada hari ini, kerana mungkin anda tidak akan mendapatnya esok.






No comments:

Post a Comment