Sunday, 28 August 2011

Pelik Tapi Benar



Salam semua. Tetiba terasa nak update blog plak pagi-pagi ni. Walaupun aku penat dan ngantuk tapi aku gigihkan diri ini. So aku amek kesempatan dalam kesempitan ini untuk membuat entri baru.




Untuk entri kali ini, aku nak kongsi serba sedikit pasal famili aku. Sebab boleh dikatakan ada sesuatu yang unik tentang famili aku, terutama nama adik beradik aku. Sebab dari sekolah lagi bila aku perkenalkan diri, mesti cikgu tanya "awak ni ada darah arab ke? tapi napa muka awak macam cina?

*perasan jap sambil tangan ke dada dan mata ke atas

Untuk pengetahuan korang, aku ada 8 orang adik beradik dan aku adalah yang penghabisan, mama aku cakap yang "koret-koret". Maknanya yang sisa-sisa (ayat tak boleh bla).




Berikut merupakan nama adik beradik aku mengikut urutan kelahiran.

1. Idi Amin : bersempena nama ketua tentera dan Presiden Uganda 

2. Hafez Al Assad : bersempena nama Presiden Syria

3. Yasser Arafat : bersempena nama Presiden Palestin

4. Muammar Gadaffi : bersempena nama Pemerintah Autokratik Libya

5. Muhammad Firdaus : *tidak diketahui asal usul namanya

6. Farra Nur Hidayah : *tidak diketahui asal usul namanya

7. Rabecca Nur Al Islam : *tidak diketahui asal usul namanya

8. Al Malek Hussien : *tidak diketahui asal usul namanya




Untuk pengetahuan korang, aku dah cuba sehabis daya untuk post gambar adik beradik aku untuk tatapan korang, tapi apakan daya, aku tidak berjaya kerana dalam gambar-gambar tu semua ada saja yang tak kena dengan gambar aku. Haha. 

So adalah perlu untuk aku menapis dan memilih gambar yang terbaik untuk umpatan dan pujian korang.

Walau macam mana pon, ni ada beberapa gambar lama keluarga besar aku. Enjoy~


Gambar raya 3 tahun lepas, dah macam air
bandung aku tengok.

Gambar yang di ambil semasa Wedding kakak aku 8 bulan lepas.

Okay la. Mata pon dah semakin kecil. Dah la mata aku sepet, makin kelam aku rasa bilik yang terang ni. Cukup-cukup la ye dengan 2 foto diatas. Harap korang semua berpuas hati


Kita tidak memilih keluarga kita, tetapi mereka adalah hadiah daripada Allah kepada kita, begitu juga kita kepada mereka

No comments:

Post a Comment