Wednesday, 31 August 2011

Mesej-mesej Raya!




Salam semua. Dalam entri ni aku nak kongsi mesej-mesej raya yang aku dapat. Kalau kita hayati dan amati betul-betul, memang kreatif dan puitis mesej-mesej ini. 

Jom kita layan.

1. Lisan kadang-kadang tak terjaga, janji kadang-kadang terabai, hati kadang-kadang berprasangka, sikap kadang-kadang menyakitkan, hidup ini indah  jika ada rasa kemaafan. Selamat hari raya aidil fitri, Maaf zahir dan batin.

2. 1 hari lagi nafas ini menjadi tasbih, tidur ini menjadi ibadah, doa-doa ini diijabah, pahala dilipat gandakan, tapi itu tak akan terjadi sebelum kita saling memaafkan. Selamat hari raya.

3. Pejam celik dah lama kita tak jumpa, pejam celik esok dah raya, makin pejam celik makin banyak salah silap, sementara masih celik, ampun maaf dipinta sebelum aku tak dapat celik. Selamt hari raya aidilfitri.

4. Seandainya ramadhan adalah tsunami biarlah arusnya menyapu dosa-dosa kita, seandainya ramadhan adalah gempa, biarkan getaran itu lunturkan hati dari kesombongan untuk member kemaafan  di bulan mulia ini. Ampun maaf dipinta di hari mulia.

5. Hatiku tak sebening air di sungai nil, sikapku tak sesempurna ahli syurga, tutur kata ku tak seindah alunan ayat-ayat suci Al Quran, maka dibulan Ramadhan yang mulia ini aku menyusun sepuluh jari memohon keampunan.

6. Waktu mengalir bagaikan air, Ramadhan yang suci segera hadir, ada luka yang pernah terukir, ada khilaf yang sempat tergulir, kata maaf ku ucapkan, kita sucikan hati agar tak ada lagi dosa dan dendam dikemudian hari. Selamat hari raya.

7. Pelita diletak di atas para, hendak dinyalakan ketepi perigi, sms dihantar pengganti kad raya, tanda ingatan diaidilfitri.

8. Masak lemang sambil berdiri, hendak makan diaidilfitri, nak hantar kad raya posmen dah cuti, sms sahaja dapat ku beri, bukan lupa tradisi tapi ikut teknologi terkini yang ada dihujung jari.

9. Hali laya mau mali, baju laya satu loli, kuih laya satu peti, satu tawun satu kali, duit laya makin joli, wa mikin silap wa vely vely soly. Haiya.

10. Yang jauh itu mati, yg dekat itu mati, yang besar itu nafsu, yang berat itu amanah, yg mudah itu berbuat dosa, yang panjang itu amalan soleh, yg terutama di aidilfitri itu saling memaafkan. Salam aidilfitri.



Sebenarnya ada banyak lagi mesej yang aku dapat, bukanlah nak membangga diri, tapi tulah kenyataan. Haha. Tapi disebabkan aku malas nak taip cukuplah 10 saja. Nanti kalau rajin aku buat entri mesej-mesej raya 2.

Sambutlah Syawal dengan kesederhanaan, salam syawal, keikhlasan sanubari.

No comments:

Post a Comment