Tuesday, 30 August 2011

Kena puasa lagi!!


Dari Abi Ayyub Al-Anshari RA bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda: ” Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikutinya dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka pahalanya akan sama dengan puasa setahun” (Hadis Riwayat Muslim)

Salam semua. Harap aku tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada korang semua. So setakat ini, macam mana sambutan 1Syawal korang? Meriah tak? Banyak dapat duit raya? Hahaha. Aku plak Syawal tahun ni disambut dengan begitu sederhana tapi okay la, meriah la gak.

So entri kali ini aku nak berkongsi serba sedikit tentang puasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Macam yang korang baca hadis yang aku tulis kat atas tu, sesungguhnya pahalanya amatlah besar berbanding apa yang kita lalukan. Ye la, kalau puasa sebulan korang boleh buat, takkan 6 hari pon lemau. Jadi amatlah rugi bagi mereka yang tidak mengejar ganjaran itu.

Jom puasa 6 yuk!!


Antara hikmat puasa 6 hari di bulan Syawal:

1. Diberi ganjaran pahala puasa sepanjang tahun.

2. Menampung kekurangan dan kecacatan ibadat fardu yang lain.

3. Sebagai tanda kesyukuran di atas nikmat keampunan dosa yang diperoleh semasa bulan Ramadhan.

4. Menandakan puasa Ramadhannya diterima.

          *Apabila Allah merima amal seseorang hamba, pasti Dia menolong hambaNya itu dalam meningkatkan perbuatan baik setelahnya, "Pahala amal kebaikan adalah kebaikan yang ada sesudahnya."

5. Dapat mendekatkan diri lagi dengan Allah.


Kat sini aku ada sertakan link hukum puasa 6 hari di bulan Syawal  kalau sesiapa ada keraguan tentang perlaksanaannya sama ada perlu berturutan atau tidak.

Jadi aku rasa, cukuplah perkongsian aku untuk entri kali ini. Marilah sama-sama kita kejar fadhilat dan ganjaran daripada amalam sekecil ini. Semoga amalan dan ibadat kita diterimaNya, insyaAllah.


“Dan bersegeralah kamu mencari keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa ”.  Surah Ali-Imran, ayat 133.

No comments:

Post a Comment