Saturday, 27 August 2011

Fadhilat Ramadhan



Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: " Apabila telah tiba Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu-pintu neraka dan diikat semua syaitan" (hadith riwayat Imam Bukhari, Muslim, Nasai's, Ahmad dan Bahaiqi)





Salam Ramadhan semua. Walaupun tinggal beberapa hari sahaja sebelum tibanya Hari Raya Aidilfitri, aku harap, aku tak terlewat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak ini. So setakat ni korang semua puasa cukop tak? Kalau tk cukup tak boleh dapat duit raya. Hahaha.

So dalam entri kedua ni, aku nak kongsi serba sedikit fadhilat setiap hari sepanjang bulan Ramadhan ni. Aku pon bukan la baik sangat untuk nasihat orang lain, tapi jom la sama-sama kita menghayati Ramadhan kali ini.


10 malam yang pertama itu rahmat


Malam pertama:
Sucinya seperti baru dilahirkan.

Malam kedua:
Diampuni dosanya dan juga kedua ibubapanya.

Malam ketiga:
Malaikat meyeru "Mulailah kamu beramal kerana Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu".

Malam keempat:
Pahalanya sama seperti orang yang membaca Kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam kelima:
Pahalanya seperti orang yang bersolat di Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa.

Malam keenam:
Pahalanya seperti orang yang tawaf di Baitullah dan batu-batu pasir turut memohon keampunan baginya.

Malam ketujuh:
Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya untuk mengalahkan Firaun dan Haman.

Malam kelapan:
Diberi Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim.

Malam kesembilan:
Pahala beribadat kepada Allah seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.

Malam kesepuluh:
Dikurniakan kebaikan di dunia dan di akhirat oleh Allah.




10 malam yang pertengahan itu keampunan


Malam kesebelas:
Bersih dari dosa seperti baru dilahirkan dari kandungan ibu.

Malam kedua belas:
Mukanya bercahaya di hari kiamat kelak.

Malam ketiga belas:
Datangnya di hari Kiamat dengan keadaan tenang dan aman dari segala kejahatan.

Malam keempat belas:
Dibebaskan oleh Allah dari segala mudarat.

Malam kelima belas:
Diminta keampunan untuknya oleh para malaikat yang memikul Arasy dan kerusi Allah

Malam keenam belas:
Dibebaskan dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam ketujuh belas:
Dikurniakan pahala seperti para nabi.

Malam kelapan belas:
Malaikat memohon untuknya dan kedua orang tuanya keredhaan daripada Allah.

Malam kesembilan belas:
Diangkat darjatnya ke dalam syurga Firdaus.

Malam kedua puluh:
Dikurniakan pahala para syuhada dan solihin.




10 malam yang penghabisan itu kebebasan dari api neraka


Malam kedua puluh satu:
Dibina rumahnya di syurga Allah daripada nur.

Malam kedua puluh dua:
Di hari kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.

Malam kedua puluh tiga:
Dibangunkan sebuah kota untuknya di syurga.

Malam kedua puluh empat:
Pahala seperti dua puluh empat permohonan dikabulkan.

Malam kedua puluh lima:
Dibebaskan dari seksaan kubur.

Malam kedua puluh enam:
Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.

Malam kedua puluh tujuh:
Dapat melintasi sirat dengan laju bagaikan kilat menyambar.

Malam kedua puluh lapan:
Allah mengangkatnya dengan seribu darjat.

Malam kedua puluh sembilan:
Pahala seperti seribu haji mabrur.

Malam ketiga puluh:
Allah menyediakan baginya buah-buahan syurga, air salsabil untuk mandi dan air dari telaga Kautsar untuknya minum.

Aku rasa sampai disini je la perkongsian untuk entri kedua aku. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu erti kepada kita semua. Amin~





Dan apabila Dia tidak mengabulkan doa yang dipanjatkan, bukanlah bermakna Dia membenci, tetapi Dia mempunyai rancangan yang lebih besar jauh lebih baik daripada kau butuhkan.

No comments:

Post a Comment