Saturday, 27 August 2011

Balik Kampung





Salam semua. Ni entri ketiga aku untuk blog ni dan entri kedua untuk hari yang sama. Walaupun jam dah menunjukkan tepat pukul 3 pagi, aku masih tak boleh tido, tapi sebaliknya aku rasa segar. Sebabnya aku baru lepas mandi. 


Seperti yang semua sedia maklum, insyaAllah pada hari selasa ini semua umat Islam bakal meyambut hari raya. So memandangkan aku seorang Islam, aku juga tidak lepas dari menyambut Hari Raya Aidilfitri ini, walaupun hati ini meronta-ronta, luluh dan sedih untuk meninggalkan madrasah Ramadhan ini. 

*tangan kedada, mata ke atas*


Esok, maksud aku hari ini, aku akan pulang ke pangkuan penduduk kampung tercinta. Sebab dia oranglah aku balik kampung. Kalau tidak mahu aku beraya di KL saja. Jimat duit.

So, untuk entri kali ini ade "benda" yang aku nak kongsikan dengan semua yang bakal meninggalkan KL.





1. Servis kereta : Pastikan kereta dalam keadaan seoptimum mungkin untuk pemanduan lancar dan selamat. Hantar je kereta tu kat pusat sevis proton berhampiran (itupun kalau korang guna kereta proton la), nanti tau la diaorang nak uruskan kereta korang.



2. Duit raya : Pastikan korang dah siap-siap tukar duit kat bank. So nanti masa pagi raya tak adalah korang sibuk-sibuk korek tabung sebab nak bagi duit raya.

3. Destinasi yang betol : Pastikan korang tahu hala tuju pemanduan korang. Jangan la memandu tak tentu hala. Jadilah pemandu yang berhemah dan kurangkanlah kadar kemalangan. Jadi banyak nyawa yang tidak berdosa dapat diselamatkan.

4. Rumah : Pastikan rumah berkunci dan kalau boleh membazirlah sikit elektrik tu. Hidupkan lampu rumah, jadi pencuri akan takut masuk sebab diorang akan fikir ada orang di dalam. Kalau tak nak membazir elektrik, korang bolehlah buat perangkap macam cerita Home Alone 3. So rumah akan lagi selamat.

5. Baju Raya : Kalau boleh, masukkan baju raya siap-siap dalam kereta. Sebab ini mengurangkan risiko tertinggalnya baju raya di rumah. Maka dapatlah korang bergaya dan kelihatan vogue di pagi raya yang mulia nanti.



6. Lane kiri : Bagi memastikan perjalanan korang "smooth" pilihlah lane kiri, sebab lane kanan untuk mereka yang berhajat untuk memotong. So kalau korang pilih lane kiri, maka risiko untuk di "potong" adalah tinggi dan korang akan selamat sebab memandu perlahan.

7. Nescafe 3 dalam 1 : Bagi mereka yang insomnia, tips ini bukan untuk anda. Tetapi bagi yang kaki tidur dan kaki berdengkur ini mungkin ubatnya. Tetapi kalau ngantuk korang tu tahap gabam, adalah dinasihatkan agar korang berhenti seketika untuk tidur.





Setakat ini sahaja perkongsian pintar aku pada malam yang dah nak pagi ini. Doakan aku selamat sampai ke kampung halaman aku, sebab doa aku sentiasa bersama korang semua. 





Ingatlah, perjalanan pulang ke kampung halaman bukanlah satu jenis perlumbaan yang memperjudikan nyawa. Jadilah pemandu yang berhemat dan anda akan selamat.


No comments:

Post a Comment