Wednesday, 31 August 2011

Mesej-mesej Raya!




Salam semua. Dalam entri ni aku nak kongsi mesej-mesej raya yang aku dapat. Kalau kita hayati dan amati betul-betul, memang kreatif dan puitis mesej-mesej ini. 

Jom kita layan.

1. Lisan kadang-kadang tak terjaga, janji kadang-kadang terabai, hati kadang-kadang berprasangka, sikap kadang-kadang menyakitkan, hidup ini indah  jika ada rasa kemaafan. Selamat hari raya aidil fitri, Maaf zahir dan batin.

2. 1 hari lagi nafas ini menjadi tasbih, tidur ini menjadi ibadah, doa-doa ini diijabah, pahala dilipat gandakan, tapi itu tak akan terjadi sebelum kita saling memaafkan. Selamat hari raya.

3. Pejam celik dah lama kita tak jumpa, pejam celik esok dah raya, makin pejam celik makin banyak salah silap, sementara masih celik, ampun maaf dipinta sebelum aku tak dapat celik. Selamt hari raya aidilfitri.

4. Seandainya ramadhan adalah tsunami biarlah arusnya menyapu dosa-dosa kita, seandainya ramadhan adalah gempa, biarkan getaran itu lunturkan hati dari kesombongan untuk member kemaafan  di bulan mulia ini. Ampun maaf dipinta di hari mulia.

5. Hatiku tak sebening air di sungai nil, sikapku tak sesempurna ahli syurga, tutur kata ku tak seindah alunan ayat-ayat suci Al Quran, maka dibulan Ramadhan yang mulia ini aku menyusun sepuluh jari memohon keampunan.

6. Waktu mengalir bagaikan air, Ramadhan yang suci segera hadir, ada luka yang pernah terukir, ada khilaf yang sempat tergulir, kata maaf ku ucapkan, kita sucikan hati agar tak ada lagi dosa dan dendam dikemudian hari. Selamat hari raya.

7. Pelita diletak di atas para, hendak dinyalakan ketepi perigi, sms dihantar pengganti kad raya, tanda ingatan diaidilfitri.

8. Masak lemang sambil berdiri, hendak makan diaidilfitri, nak hantar kad raya posmen dah cuti, sms sahaja dapat ku beri, bukan lupa tradisi tapi ikut teknologi terkini yang ada dihujung jari.

9. Hali laya mau mali, baju laya satu loli, kuih laya satu peti, satu tawun satu kali, duit laya makin joli, wa mikin silap wa vely vely soly. Haiya.

10. Yang jauh itu mati, yg dekat itu mati, yang besar itu nafsu, yang berat itu amanah, yg mudah itu berbuat dosa, yang panjang itu amalan soleh, yg terutama di aidilfitri itu saling memaafkan. Salam aidilfitri.



Sebenarnya ada banyak lagi mesej yang aku dapat, bukanlah nak membangga diri, tapi tulah kenyataan. Haha. Tapi disebabkan aku malas nak taip cukuplah 10 saja. Nanti kalau rajin aku buat entri mesej-mesej raya 2.

Sambutlah Syawal dengan kesederhanaan, salam syawal, keikhlasan sanubari.

Selamat Hari Kemerdekaan Ke-54




Tuesday, 30 August 2011

Kena puasa lagi!!


Dari Abi Ayyub Al-Anshari RA bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda: ” Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikutinya dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka pahalanya akan sama dengan puasa setahun” (Hadis Riwayat Muslim)

Salam semua. Harap aku tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada korang semua. So setakat ini, macam mana sambutan 1Syawal korang? Meriah tak? Banyak dapat duit raya? Hahaha. Aku plak Syawal tahun ni disambut dengan begitu sederhana tapi okay la, meriah la gak.

So entri kali ini aku nak berkongsi serba sedikit tentang puasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Macam yang korang baca hadis yang aku tulis kat atas tu, sesungguhnya pahalanya amatlah besar berbanding apa yang kita lalukan. Ye la, kalau puasa sebulan korang boleh buat, takkan 6 hari pon lemau. Jadi amatlah rugi bagi mereka yang tidak mengejar ganjaran itu.

Jom puasa 6 yuk!!


Antara hikmat puasa 6 hari di bulan Syawal:

1. Diberi ganjaran pahala puasa sepanjang tahun.

2. Menampung kekurangan dan kecacatan ibadat fardu yang lain.

3. Sebagai tanda kesyukuran di atas nikmat keampunan dosa yang diperoleh semasa bulan Ramadhan.

4. Menandakan puasa Ramadhannya diterima.

          *Apabila Allah merima amal seseorang hamba, pasti Dia menolong hambaNya itu dalam meningkatkan perbuatan baik setelahnya, "Pahala amal kebaikan adalah kebaikan yang ada sesudahnya."

5. Dapat mendekatkan diri lagi dengan Allah.


Kat sini aku ada sertakan link hukum puasa 6 hari di bulan Syawal  kalau sesiapa ada keraguan tentang perlaksanaannya sama ada perlu berturutan atau tidak.

Jadi aku rasa, cukuplah perkongsian aku untuk entri kali ini. Marilah sama-sama kita kejar fadhilat dan ganjaran daripada amalam sekecil ini. Semoga amalan dan ibadat kita diterimaNya, insyaAllah.


“Dan bersegeralah kamu mencari keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa ”.  Surah Ali-Imran, ayat 133.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432 hijah / 2011 masihi

 
 

Jiwa kacau




Salam semua. Sebenarnya aku dah mula buat entri "Jiwa Kacau" ni dari semalam. Tapi tetiba ketandusan idea dan kepala dah bengang dan tak boleh berfikir. So, malam ni baru siap sebab malam ni idea sangat mencurah-curah. 

Dalam entri kali ni, aku berkongsi banyak quote berkaitan jiwa kacau atau putus cinta atau hati tak tenang atau jiwa tak aman. Sebab aku kongsi benda ni adalah sebab semalam jiwa aku sangat kacau. Ada krisis hati seketika. Sekarang pon aku tak okay lagi, tapi manalah boleh aku ikutkan sangat hati ini. 

Jom kita layan jap..

Kita layan Story Box ni kejap- gila bermakna.

I can't choose my lover. Sometimes I just end up with someone who is so not my type yet it feels so incredibly right.

I never thought I'd risk the chance of getting hurt again, but for some reason when I'm with you, it all seems worth it.

Being the best is great, you are number one. But being unique is greater, you are the only one.

Relationship last long because two people made a choice: to KEEP it, FIGHT for it, and WORK for it.

Just because my eyes don't tear doesn't mean my heart doesn't cry.

I don't wish to be everything to everyone, but I would like to be something to someone.

When someone loves you, don't ask them why. Because they don't know why, they just do.

Sometimes, two people have to fall apart to realize how much they need to fall back together.

It sucks when you know that you need to let go, but you can't, because you're still waiting for the impossible to happen. 


Love doesn't need to be equal or be fair, it only needs to be REAL!

To fall in love is so easy, staying in love is a challenge, letting go is the hardest part, and moving on is got suicide.

You don't marry someone you can live with, you marry the person who you cannot live without.

Someday, someone will walk into your life and make you realize why it never worked out with anyone else.


When you fall in love, don’t give everything without leaving something for yourself.

Love hurts the most when the two of you keep holding on and suddenly DESTINY gives up.

Always be yourself, and don't change because someone gets you down. There are friends who love you just the way you are. 

Choosing to be single isn't selfish, it's just smarter to be alone than with the WRONG person

When love seems to fade, only a little faith that we need. A faith that believes everything will be fine in the end. 



Just be yourself and one day you will find someone who loves you for everything you are, flaws or no flaws.

Sometimes I have to realize that some people can stay in my hearts but not in my life.

Sometimes I have to let things go, not because I giving up, but because I realize there are things that can not be.

There's somebody out there for everybody. I just have to wait for God to bring them into my life. 

Single doesn't always mean lonely and Relationship doesn't always mean happy. 

I cannot be good enough for everybody, but I will always be the best for the one who deserves me



Sebenarnya banyak lagi quote "jiwa kacau" yang menarik-menarik. Tapi aku rasa cukup la sampai di sini dulu. Lagipun malam dah makin tua. Takut tak bangun plak esok nak pergi solat raya.

Selamat malam semua. 

Biarlah kita putus cinta dengan manusia, asalkan bukan dengan Allah! Allah bakal gantikan penderitaan dan kesengsaraan itu dengan sesuatu yang lebih baik, namun jika kita putus cinta dengan Allah, siapa pula yang nak gantikan kesakitan itu?

Monday, 29 August 2011

Checklist keperluan raya



Salam semua. Banyak betul idea yang datang malam-malam raya ni. Bagus jugakan sebab daripada aku buat benda-benda tak baik adalah lebih berfaedah aku menulis blog ni.

Dalam entri ni, aku senaraikan semua keperluan dan kehendak yang kita patut ada menjelang Hari Raya esok. Aku dah bahagikan benda-benda ni kepada 3 kategori; wajib, meriah kalau ada dan tak de lagi baik. Jom check this out!!


Kategori wajib:

1. Baju raya
3 pasang baju raya

2. Duit + sampul raya

Sampul raya yang belum berisi duit

3. Beg atau kantung

Simpan duit raya leklok dalam kantung pink tu!

4. Kuih raya
Kuih tart dan almond london
memang kegemaran aku

5. Makanan + minuman raya

Ketupat? Nasi lagi best

Rendang daging ke rendang ayam ni?

Pergh lemang! 

Lepat ni makanan raya ke?

6. Lagu raya



Kategori meriah kalau ada:

1. Pelita raya

Pelita

2. Bunga api, mercun dan sekufu dengannya

Ni macam bunga api waktu merdeka la

Ni bunga api yang selamat

3. Kad raya



4. Baju raya kedua
5. Semua benda yang ada raya: langsir raya, kereta raya, handphone raya, rambut raya dan lain-lain


Kategori takde lagi baik:

1. Hantu raya

Ni rupanya hantu raya yang baru lepas dari kena rantai

Aku rasa itu je senarai yang aku boleh fikir malam-malam ni. Ada ape-ape yang aku tertinggal tak? So, sekurang-kurangnya aku harap Checklist ni membantu korang walaupun sedikit.

Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. Aku dah maafkan korang semua. 

Sambutlah Syawal dengan kesederhanaan, janganlah dikotori kesucian Syawal, amalkanlah apa yang kita belajar sepanjang madrasah Ramadhan

Jadual Posting Fasa IIIb (junior dan senior) MBBS - 2008-2013


Salam semua. Ni aku nak tunjuk korang, jadual semester baru aku. Pergh tak sabar rasanya nak mula belajar. Rindu dengan buku. Haha.

*sambil tangan ke dada dan mata ke atas.

Fakulti aku ni memang advance, padahal kitorang baru nak masuk tahun 4 tapi diorang dah keluarkan jadual untuk tahun 5 unruk kitorang. Memang advance la Puan Maizon ni (dia la ketua kerani)

Ini jadual untuk phasa IIIb Junior yang akan berakhir pada bulan Februari tahun depan.


Dan ini pula jadual phase IIIb Senior yang bakal bermula pada bulan Mac tahun depan dan berakhir pada bulan Mac tahun 2012.


InsyaAllah kalau tak ada apa aral yang melintang aku akan graduate pada tahun 2012. Doakan aku ye kengkawan.

Kebanyakan masalah dalam hidup datang kerana 2 sebab: 1: saya bertindak tanpa berfikir. 2: saya terus berfikir tanpa bertindak.

Ramadhan Terakhir




Salam semua. Sedar tak sedar kita dah sampai ke penghujung Ramadhan bulan yang mulia ini, hari ini merupakan hari yang terakhir sebelum menjelangnya Hari Raya Aidilfitri esok. Sesungguhnya Ramadhan kali ini bergerak begitu pantas seakan baru saja bermula rasanya.Tak puas lagi aku berpuasa, tak cukup lagi rasanya aku berterawikh walaupun ada juga yang aku kurang.

Saat terbenamnya matahari petang nanti, maka berkumandanglah takbir raya yang bakal memecah kesunyian malam, yang mencetuskan keriangan pada riak wajah anak-anak kecil dan yang juga akan meruntun sayu pada jiwa seluruh umat Islam. Di saat itu juga, maka terlepas dan bertebaranlah para syaitan yang dibebaskan dari ikatan dan kembali menyesatkan anak Adam.

Sesungguhnya Ramadhan itu boleh diibaratkan sebagai sebuah medan perang. Dimana dalam 30 hari yang lalu kita menghadapi musuh yang terbesar jauh lebih hebat dari sekalian para syaitan. Ia terlepas dari rantaian dan ia jauh lebih dekat dengan kita. Dan musuh inilah yang kita panggil "hawa nafsu". Adakah kita jauh lebih hebat dari hawa nafsu? Fikir-fikirkan.



Untuk entri kali ini, aku ingin mengajak diri aku dan korang semua untuk kita sama-sama bermusahabah diri, menilai kembali apa yang telah kita peroleh sepanjang sebulan kita berpuasa. Adakah Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang lepas?Adakah hari dalam bulan Ramadhan ini lebih baik dari hari dalam bulan-bulan lain? Atau lebih teruk? Tepuklah dada, tanyalah iman. Jika ada perubahan kearah kebaikan, maka Alhamdulillah dan teruskanlah, tetapi jika sebaliknya, maka beringatlah selagi mana pintu taubat Allah dibuka.

Daripada Umar bin al-Khattab, berkata: “Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung, timbanglah amalanmu sendiri sebelum ia ditimbangkan untukmu, dan bersedialah untuk hari pembentangan amal yang besar, sesungguhnya hisab pada hari kiamat menjadi ringan bagi sesiapa yang melakukan muhasabah diri di dunia ini”.

Daripada Syidad bin Aus, berkata: Sabda Rasulullah SAW: “Orang yang bijak ialah orang yang menundukkan hawa nafsunya dan beramal untuk hari selepas mati. Orang yang lemah ialah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan sesuatu di sisi Allah”


Aku rasa cukup la setakat ini perkongsian dalam entri "Ramadhan Terakhir".  Teman-teman, walaupun umur kita masih muda tetapi beringatlah, ajal tidak mengira usia, belum tentu lagi kita berjumpan Ramadhan yang akan datang. Gunakanlah apa yang kita peroleh dan belajar dalam Ramadhan kali ini dalam kehidupan seharian, semoga hari-hari mendatang kita diberkati, amin. 

Jom kita tengok video "Rintihan Ramadhan" ini. Hayatilah~




Sekian, semoga bertemu lagi. Salam Syawal buat semua.



Sunday, 28 August 2011

Perangi AIDS dan HIV



Salam semua. Tetiba terasa macam nak kongsi gambar-gambar perangi AIDS dan HIV oleh artis-artis tempatan yang aku tengok kat sini http://aidsaware.ruumz.com.

Sebenarnya banyak lagi gambar-gambar yang berkenaan, tapi aku cuma upload yang aku rasa menarik sahaja. Harap maklum

Jom kite usha.



















So, ingatlah bahawa HIV dan AIDS itu dapat dicegah. Jauhilah sex luar tabii kerana Nabi Muhammad SAW tak akan mengaku umat.

Memandangkan jam dah nak dekat pukul 7mlm dan kejap lagi akan berkumandangnya azan Maghrib, adalah lebih baik aku berhenti disini.

Enjoy~

Dan sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada mengubati