Wednesday, 7 December 2011

Hard Rock Hotel Penang memang ROCK cont.

Masa tidak pernah mengizinkan untuk aku berbelog. Sentiasa saja mencemburui aku. Bukan aku buat apa pon dengan belog ni. Hanya mencoret cebisan kisah-kisah hidup aku.


LOL.. Entri kali ni, adalah kontinuiti entri lepas. Secara keseluruhannya, percutian kali ini sangat best. Berbaloi la orang kata, sekali sekala keluar duit. Hari kedua kat HRH ni kitorang spend dengan aktiviti pantai dan bermain polo air. Best la sebab orang kat sini semuanya friendly. 

 Malamnye plak, macam biasa la kitorang lepak, dengar live band, maen pool dan join the intimate foam party for the 1st time.
 
Ade style macam professional player tak?
ape tu? takutnye! lolz
Hitam itu seksi.. lolz
Me and adam..
 
Dalam-dalam bercuti ini, sempat gak aku follow kakak aku p wedding kak Faezah Elai. Dorang buat kat Markas tentera weyh. Simple and nice.
 

 
Hope korang enjoy. kalau ade plan nak pergi cuti, try la pergi Hard Rock Hotel Penang. =)
Do not underestimate yourself. Remember, without your presence, someone else's life won't be complete.
Enjoy every moments with your family. =)
 

Saturday, 3 December 2011

Hard Rock Hotel Penang memang ROCK

Salam semua. Terasa dah bersawang dah blog ni sebab tak di update. Almaklumlah sibuk sket. (lol, actually tk de la sibuk mane, tapi malas.) Ada juga teman yang bertanya bila aku dah update blog sebab sepanjang november 2011, aku tak mengeluarkan 1 entri pon. Jawapan aku mudah, boleh tak ko yang tolong updatekan?? hahaha.. tergelak besar mereka.
 
So, pada entri kali ini, aku nak update sket pasal aktiviti aku. Dah lama rasanya aku tak bercuti bersama keluarga. Kali terakhir kitorang pergi PD. 
 
Pada cuti kali ini, kitorang ke Penang. Cuti-cuti Malaysia. Berikut merupakan kronologi perjalanan aku dari KL.

Kitorang bertolak dari Kl lebih kurang 1230 tengah hari (Jumaat, 021211). Perjalanan memakan masa 4jam. Lebih kurang pukul 5 petang baru kitorang sampai kat Hard Rock Hotel Penang.
 
 
 Lepas je check in semua, ape lagi, masing-masing menyiapkan diri untuk terjun kolam renang depan bilik je. Lama dah rasanye aku tak nampak laut. 


Memandangkan kitorang sampai dah petang, tak banyak aktiviti air yang kitorang sempat main. so petang ni, kitorang just sempat naik banana boat je. tapi okaylah daripada tak da.

So lepas je lembek berenang, kitorang sambung berenang lagi, dan terus berenang dekat depan bilik je pon, sementara tunggu dinner sampai kat bilik.
Aktiviti malam ni diteruskan. Lama dah rasanya aku tak tengok live band. Tapi yang kali ini lain sikit, sebab suaranya ke laut. 
 
 
Lepas je layan live band, kitorang pon p gym. Bukan nak workout ke ape, tapi just pusing-pusing. Tapi jika nak dibandingkan dengan gym-gym luar, memang la gym kat sini kecik. Alat pon sikit.


Then kitorang p lepak kat Teen Club. Mula-mula main fussball then main pool. Walaupon aku tk reti maen pool. Tapi untuk pertama kali main, prestasi aku cukup membanggakan.



Sementara orang-orang besar main permainan orang besar, budak-budak plak sbuk bermain PSP and beronline.
 
 
Kitorang berfoya-foya kat Teen Club ni sampai pkol 12 lebih jugak. Terpaksa la dorang extend business hours dorang. Lols..

Sesampai je kat bilik, semuanye pengsan kepenatan.Kalau ikutkan hati, nak saja aku update blog ini semalam. Tapi apakan daya kepenatan. Rehat pon perlu jugak untuk recharge energy. Hari yang panjang bakal menanti. Selamat Malam.


Thursday, 20 October 2011

Guys vs Girls


If there ever comes a day when we can’t be together, keep me in ur heart. I’ll stay there forever.
 
A real love is not when the story ends happily. It's when the story never ends.
 
Love someone not because they give you what you need, but because they give you feelings you never thought you needed 




It’s not about finding someone who won’t fight with you or make you sad, or mad,

BUT

It’s about finding the person who will still be standing there wiping the tears away, holding you in the arm after a fight and the one who will never leave, no matter how hard things can get.


 

Sunday, 16 October 2011

15hb oktober 2011


Salam semua. Lama dah aku tk update belog ni. Dh bersawang, lalang pon dah paras lutut tinggi nya. Sebenarnya, nak kata busy ngan kelas tak de la sangat, nak kata tak de masa, ade ja 24jam sehari, tapi mungkin sebab tak de idea nak tulis ape. 

Ada jugak kengkawan yang tanya bila nak tulis entri baru, tapi aku jawab, tunggu la bila sampai seru. So ni seru dah sampai la maknanye.


Arini ari ahad, semalam hari sabtu. So sekarang ni aku nak bercerita pasal semalam. Semalam, aku kena sakit pinggang yang sangat teruk. Muntah memang tak leh nak cakap la banyak kali, sampai tak de benda yang nak dimuntahkan. Nak menangis pon sampai tk de air mata yang megalir.

Lepas tu, terus pergi kecemasan kat PPUM, then ape lagi, bagi memastikan aku tidak buat bunyi-bunyi yang tak sepatutnya, maka aku telah pon di cucuk kat peha. Nasib baek tak berapa sakit. Haha

Then baru aku okay sikit, pastu kena wat ujian air kencing. Tunggu punya tunggu, sampai pkol 12 tengah hari gak bari dapat keputusan. Memang ada darah dan batu dalam air kencing aku. Tapi nasib baik aku tak kena masuk wad. Kalau tak abes la nanti nampak muka member2 sendiri.

Memandangkan usia aku yang baru setahun jagung, Doktor bagi aku balek, lagipon ni first time aku kena sakit macam ni. Doktor cakap aku kena banyak minum air masak and jangan tahan kencing.

Tapi yang menariknya bila petang semalam aku kencing, then ade keluar batu. Korang pernah ke weyh? Tu la batu yang menyebabkan aku sakit. Tapi tak de la besar mane pon, macam pasir je, tapi sakitnya hanya Dia je yang tau. Tapi aku tak dapat nak upload pic tu sebab aku lupa bawak cable phone ni. Nanti-nanti la ye.

Hopefully, this is the 1st and the last attack la. Tak sanggup kena lagi. Mungkin ini juga ujianNya untuk menghapuskan dosa-dosa aku. *bunyi mcm banyak je dosa kan*


So ni je kot update entri kalini. Salam

*p/s: minum banyak air masak n jangan tahan kencing. =)

Saturday, 24 September 2011

Pictures to be shared #5


Salam semua. Selamat berhujung minggu. Sejak kebelakangan ni, aku terasa macam nak berkongsi gambar-gambar dan lagu-lagu dengan korang semua. Aku harap korang enjoy la ye. Bukan la gambar dan lagu kosong, tapi aku harap korang dapat ape yang aku nak sampaikan.

Kadang-kadang bila kita dengar lagu dan tengok gambar, benda ni lah akan akan lebih lama melekat dalam kepala hotak kita berbanding, karangan yang berjela-jela. Sapa yang tk suka kalau buku teks banyak gambar, betol tak?

So malam ni aku nak kongsikan 3 gambar dengan korang. Jom layan..

Sesungguhnya beringatlah bahawa Allah Maha Mengetahui lagi Bijaksana

Sometimes God doesn't give what I ask, but He makes me feel good with what I have.

Tiada pendengar yang lebih baik melainkan hanyalah Dia

Leave room to let God do what he does. We don't always know what's best, but He does.

Tiada duka yang abadi, bersabarlah.
Take problems as God's ways to improve you. Remember, it takes a ton of pressure to make a diamond.


So, gambar ni bukan la gambar kosong yang tak da isi, harap gambar-gambar ini jadi penawar duka dan dapat dekatkan diri kita kepadaNya. Amin.

Selamat beramal.


Friday, 23 September 2011

Wordless Wednesday #2

Ranking akukah?? 

Thursday, 22 September 2011

Lagu menceritakan segalanya #2



Salam semua. Selamat malam jumaat. Dah baca yasin belom? hahaha.. So entri kali ini adalah lanjutan entri lepas pasal lagu Di Saat Aku mencintaimu oleh Dadali. Korang dah dengar dan baca belum lirik lagu tu? Hayati (bukan yatie ye) dan korang akan dapat rasa. Haha.. Rasa apa? Rasa apa yang penyanyi tu rasa la. Haha.




Untuk perkongsian kali ini, aku nak korang dengar lagu ni plak, Tiada Duka yang Abadi oleh Opick. Beliau juga artis dari seberang (Indonesia).  So kalau korang hayati dan dengar bait-bait lirik lagu ini, ia mengisah tentang penyesalan seorang insan atas kesilapan, kekhilafan dan dosa yang telah dia lakukan pada masa lampau.

Kemudian beliau dirundum duka. Dan pada ketika dan saat itu la beliau menyesal atas kesalahannya. Tapi beliau sedar akan masa tidak bisa diputar kembali dan berharap agar bahagia pada akhirnya, kerana Tiada Duka yang abadi

Jom layan lirik lagu dulu.

Tiada Duka Yang Abadi oleh Opick

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya


Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini


Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani


Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini


Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini


Ni video clip nye plak.. Jom tengok sape itu Opick.. 



So setakat ini amacam? korang dapat rase tak ape yang penyanyi tu rasa dan nak sampaikan? Kalau belum, korang kena gali lagi. Belajar lirik lagu ni. Haha. Happy, happy jugak, tapi kita mesti beringat. Selamat beramal semua.



Dan sesungguhnya, Allah tidak akan membebani hambaNya dengan beban yang tidak tertanggung olehnya. Dan Allah itu Maha mengetahui.



Pictures to be shared #4


Salam semua. Ni entri ke dua malam ni. Gambar-gambar yang aku nak kongsikan kali ni pasal broken heart. Klik sini untuk korang tengok gambar-gambar yang lama.

Jom layan.

Kucing comel 1, suka tak? haha
Never trust too much. Never love too much. Never hope too much, because that too much can hurt you so much

Kucing comel 2 yang bermuka innocent. 
Be careful and protect your heart wisely! Love is like heaven, but it can hurt like hell.

Budak laki ini kesejukan, sebab dia demam, akibat frust bercinta. Haha
Love was made for us to enjoy; not take advantage of, but cherish, not destroy.

Wednesday, 21 September 2011

Lagu menceritakan segalanya


Salam semua. Entri kali ini aku dedikasikan khas kepada mereka yang putus bercinta atau sesiapa saja yang mempunyai kaitan secara langsung atau tidak langsung. Pertama kali aku dengar lagu ni, tak menarik pon, tapi selepas berulang kali dan aku hayati liriknya, layan gak la. Hahaha.

Lagu ni menceritakan tentang seorang lelaki yang ditinggalkan kekasihnya, disaat cinta mula berputik. Namun, atas kekerasan hati kekasihnya si lelaki ini ditinggalkan begitu saja tanpa rasa belas kasihan. Pengalaman dan kisah silam yang pahit membuatkan kekasihnya itu tekad dengan keputusan untuk putus.

Jom kita layan lirik, then kita tengok video klipnya. 


Di Saat Aku Mencintaimu oleh Dadali

Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku


Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta



Aku harap korang enjoy layan lagu ni.. Hahaha... 

Pretending to be happy when you're in pain is just an example of how strong you are as a 
person.
Just because we don't talk doesn't mean I don't think about you. I'm just trying to distance myself because I know I can't have you.

Sunday, 18 September 2011

Yuran semester 1 2011/2012, murah atau mahal?


Salam semua. Terasa rindu kat belog aku ni. Dah nak dekat seminggu aku tak update. Sebab tak da idea nak tulis ape. Hahaha. 

So kali ini, aku kembali dengan entri terbaru, pasal yuran. Murah atau mahal? Aku harap korang boleh nilai sendiri, seingat aku, sejak dari 1st year, tak pernah ada yuran semahal ini. (betul ke? haha)

Separuh daripada JPA yang aku BAKAL dapat (entah bila la) akan habis hanya untuk bayar yuran je, tak dapat la nak berjoli. Hahaha. Berbaur niat yang tak baik disitu.

Bukan lah tak reti bersyukur kalau dibandingkan dengan universiti swasta lain. Tapi aku harap korang faham-faham sendiri la. Aku teringin jugak menyimpan dan menabung untuk masa depan. Yelah, sekarang ni nak kawin bukannya murah, kalau tak de half million tk yah lah nak kacau-kacau anak dara orang. Hahaha 

Time ni la terasa untunglah budak-budak UiTM kan.Dah la yuran murah, dapat menyimpan pulak tu.  Nampak nye meragut rumput lagi la aku semester ni.
Join kambing ni pon okay ape..
Sumbangan FAMA (Father and mother) amatlah dialu-alukan. Atau mana-mana badan amal yang berhajat dan bermurah hati untuk menaburkan bantuan. Silalah. Jangan malu-malu. 
 
Jom tengok yuran ni:

RM 3,090.00 weyh! Korang hadooo??
Sikit ke banyak? Murah ke mahal? Kau hadoo??

Dan disini aku nak tegaskan bahawa di atas adalah yuran untuk 1 semeter sahaja, semester 2 yuran lain. Ada faham? (total adalah dalam RM 6,000 kot!!)

Tepuk dada, tanya selera korang nanti nak shopping barang apa je nanti (petaling street lagi la ni) Nampaknya aku dapat cium bau baju je la kat Topman ngan Zara tu nanti. 




Tengok ni, mengalir lagi



Tuesday, 13 September 2011

masa untuk tidur

Masa untuk tidur semorang. 

Selamat Malam dan jumpa lagi

*macam nak p mana je*



Sleep - the most beautiful experience in life - except drink.  W. C. Fields 

Hari pertama semester baru


Dream what you want to dream! Because you only have one life to live and one chance to do all the things you want to do

Salam semua. Lama rasanya aku tak update blog ni. Busy sikit sebab semester baru dah start. So, kalau aku tak curi masa, nampaknya memang aku tak akan ada masa lah nak review dan update blog ni.

Sekarang nie jam dah menunjukkan tepat jam 2.00pg hari selasa, 13hb 9 2011. Mata tak berapa nak ngantuk sangat. Cuma badan je letih. Almaklumlah, dah terbiasa berehat panjang kat rumah. Tido bile malam, bangun pon dah nak malam. Hahaha. *terukkan aku. 

So pada entri kali ini, aku nak berkongsi lah serba sedikit kesibukan dan kerunsingan aku untuk semester ini. 

Permulaan untuk hari pertama aku bermula agak teruk, sebab semalam aku balik kolej agak lewat, lebih kurang pukul 12.30 malam. Disebabkan terlalu sibuk beraya dan open house serta layan wayang (hantu Bonceng). So, bila sampai je kat bilik, aku dah penat dan terus tidur. (Barang-barang aku humbankan aja dalam loker).

Plan mulanya nak bangun dalam pukul 3.30 pagi, untuk sembahyang tahajud *erk, konon-kononnya (tapi sebenarnya nak kemas barang). Tapi apakan daya, masa mencemburui aku, so aku terus tidur dan akhir nya bangun pukul 7.30 pagi, (padahal kelas pukul 8 pagi). 

So ape lagi, bergegas la aku mandi, solat (walaupun dah subuh gajah), dan terus ke kelas. Tapi biasa lah, nasib selalu menyebelahi aku, pensyarah ditakdirkan datang lewat. So aku terselamat.

Akibat bangun lewat dan tak sempat bersarapan, aku teruskan niat aku untuk berpuasa 6. Alhamdulillah, baru dapat sehari. Syukurlah.

Ni je bangunan PCM (tak da la besar mana pon)

Untuk hari pertama posting Primary Care Medicine (PCM), aku diberi taklimat bersama kawan-kawan yang lain oleh Dr. Mohazmi. Urm, seperti biasa lah, lebih kurang 5 buku, dan jadual sepanjang posting (1bulan) diedarkan. Pergh. Naik berpinar + hampir nak pitam aku tengok jadual yang padat + complicated + serabut + dan lain-lain. Dah la susah nak faham, setiap hari buat benda berbeza-beza. Pergh, boleh tahan tension aku dibuatnya.

Urm, apakan daya, aku hanya mampu berserah. 

Selepas saja taklimat pasal semua tugasan yang aku patut lakukan (Attachment dekat klinik, Hopsis, Nursing care, dan lain-lain lagi), program pada hari ini diteruskan dengan tutorial 1. Pergh, dah la bosan, mengantuk pulak tu. Sabo je lah (ungkapan manis ucop wilca). Kemudian lebih kurang pukul 12.00 tengah hari, Dr Mohazmi pon dah mula penat bercakap dan tepat jam 12.30 tengah hari beliau pon berhenti berkata-kata dan melepaskan kitorang untuk rehat.

Aku dengan kadar segera bergegas pulang ke bilik dan sambung beradu. Tepat jam 1.45 petang, aku bangun untuk solat dan bergegas ke kelas. Buat kali kedua, nasib menyebelahi aku. Pensyarah sekali lagi tersesat dan lambat sampai. Jadi kelambatan aku itu berbaloi (so boleh la datang lambat lagi).

Petang ini, aku dan kawan-kawan dihiburkan dengan Tutorial 2 yang disampaikan oleh Prof Saja (mantan kepala jabatan @ head department PCM). Beliau mengajar aku dan kawan-kawan cara untuk menulis priskripsi ubat dan surat rujukan, (tulis surat pon mau belajar ke?)
Lebih kurang pukul 4.00 petang, beliau pon berhenti kepenatan. 

Kami kemudiannya dibawa sekitar bangunan PCM untuk tujuan lawatan dan suai kenal bersama staf-staf berkaitan. Tak sangka pulak aku besar jugak bangunan PCM ini. Naik lemah lutut aku dibuatnya. Kemudian jam 5.00 petang kami semua dilepaskan pulang ke kolej.

Sebelum aku terlupa, ni la Prof. Madya Nik Sherina Haidi binti Hanafi, ketua jabatan PCM yang baru. Beliau ni sangat hebat dan inspiring (MBBS malaya jugak)


Alhamdulillah, kali ini aku berjaya menemui jalan pulang dan tidak sesat. Ku panjatkan kesyukuran kepada yang Maha Esa. Amin.

When you feel your heart getting tired, walk with your legs. Keep moving and never give up!

10 penjaga gol terhebat sepanjang zaman


Salam semua. Siapa peminat bola sepak antarabangsa? Korang? Maaf, tapi bukan aku. Hahaha. Walaubagaimana pon, kenal tak semestinya kena cinta (aku tukar sikit, tak kenal maka tak cinta). Artikel yang aku nak kongsikan ini, aku terbaca dalam sebuah majalah yang menarik tentang 10 penjaga gol sepanjang zaman.

Mereka-mereka ini  bukan saja menunjukkan prestasi hebat dan luar biasa tetapi juga berjaya menyelamatkan pasukan mereka daripada dibolosi oleh pasukan lawan. Mereka ni jugak boleh dikatakan kekuatan dan lagenda dalam pasukan mereka.

Jom layan.

1. Lev Yashin (USSR) , tengok saja aksi beliau dah tau
beliau ni hebat. Betul tak?


2. Peter Schmeichel (Denmark), penjaga gol yang boleh terbang!
Hebat. Cukup hebat.

3. Gordon Banks (England), korang dapat kenal pasti tak
kehebatann tangan beliau?

4. Sepp Maier (Jerman), penjaga gol kedua yang boleh
terbang  secara mengiring. Kau hadoo??

5. Dino Zoff (Itali), kalau nak jadi penjaga
gol yang hebat kena pandai main bowling! Betol ke?

6. Oliver kahn (Jerman), bukan sahaja kena berlatih semasa hati
panas, masa hujan pun kena berlatih okay.

7. Peter Shilton (England), ni pulak kena belajar terbang untuk
 menangkap bola. Bukan mudah tapi tak mustahil.


8. Gianluigi Buffon (Itali), penjaga gol ini pula begitu hebat,
hanya perlu baring  dan bola akan datang dalam genggamannya.

9. Pat Jennings (Ireland Utara), tangan kirinya lebih
 besar berbanding tangan kanannya. Betol?

10. Bert Trautmann (Jerman), korang tau
 tak bolanya kat mane?

Sekian, terima kasih.

Success is not about what you have. It is about how you handle what you have




Saturday, 10 September 2011

Awak ada tahi lalat tak?

 
Salam semua. Ni aku nak kongsi lagi satu artikel yang menarik yang aku baru baca. Siapa yang tak da tahi lalat kat dunia ni? Ada ke? haha. Kalau ada pon mesti dorang dh buang tahi lalat tu. Sebab aku sendiri ada lebih dari 1 tahi lalat.

Enrique Iglesias penyanyi pon. Korang nampak tak tahi lalat dia?

So sekarang jom baca artikel berkaitan tahi lalat dan sifat peribadi orang itu atau firasatnya. Jom layan

1. Alis mata
  • Alis kanan - suka menolong dan baik hati
  • Alis kiri - ramai peminat
2. Hidung
  • Pada hidung - banyak dan murah rezeki
  • Batang hidung - ramai peminat, dicintai dan mudah menjadi kaya
3. Pipi
  • Pipi kanan - ramai kawan-kawan
  • tengah-tengah pipi kanan - ramai yang suka
  • tengah-tengah pipi kiri - suka berkawa
Bawang putih pon ada tahi lalat kat pipi kanan. 
4. Mulut
  • Hujung mulut kanan - kecil rezeki dan tak mudah mengalah
  • Hujung mulut kiri - suka berfoya-foya
5. Bibir
  • Bibir atas kanan -  banyak rezeki dan pandai
  • Bibir atas kiri -  ramai kawan dan baik hati
  • Bibir bawah kanan - disegani orang dan ramai yang suka
  • Bibir bawah kiri - pandai brbicara dan cekal

So ada yang kena dan tepat tak dengan korang. Hahaha. Ni ramalan jer. Bukan boleh pecaya sangat pon. Kalau betol pun ini mungkin satu kebetulan. Kalau tak betol pon jangan marah kat aku plak yerk. Aku just berkongsi.

Selamat berhujung minggu dan beropen house. 

Lelaki vs Wanita


Salam semua. Selamat berhujung minggu. Baru lepas menyelak majalah lama-lama. Bosan. So ada terbaca artikel ni Lelaki Vs Wanita. Macam best untuk dikongsikan.

Jom layan.

1. Lelaki- menganggap mencari nafkah adalah kuasa mutlak mereka
   Wanita- mendidik anak-anak dan megurus rumahtangga, walaupun mereka bekerja (Sebab tu dorang cepat stress)

2. Lelaki- kebanyakan masa bersikap diskriminasi terhadap wanita
   Wanita- mereka memerlukan ketelitian untuk pastikan urusan mereka perfect (Sebab tu dorang ni lecer sket)

3. Lelaki- Bijak dalam mengawal emosi dan rasional (berjiwa kental)
   Wanita- Emosi selalu tidak stabil dan mudah terganggu 

4. Lelaki- Bertindak lebih banyak berbanding bercakap
   Wanita- lebih kecoh berbanding lelaki (banyak mulut)

5. Lelaki- Mudah hilang petimbangan dan kadang-kadang lebih kejam berbanding wanita (kuasa veto)
   Wanita- Sering menggunakan kecantikan dan kelembutan sebagai kuasa mereka
6. Lelaki- menganggap mencari nafkah adalah kuasa mutlak mereka
   Wanita- mendidik anak-anak dan megurus rumahtangga, walaupun mereka bekerja (Sebab tu dorang cepat stress)

7. Lelaki- Sentiasa memerlukan masa dan ruang untuk bersama teman-teman lama
   Wanita- Sentiasa mendambakan belaian dan selalu ingin ditemani

8. Lelaki- selalu ada masalah pendengaran akibat tindakan wanita
   Wanita- memiliki suara yang kuat dan tajam terutama bila ketawa (suara macam nak pecah rumah)

9. Lelaki- tidak gentleman kalau meminta duit wanita
   Wanita- bergantung harap agar lelaki yang belanja mereka makan atau tengok wayang

10. Lelaki- lebih ego
    Wanita- lebih mudah meluahkan perasaan.

So sape menang? lelaki ke wanita? hahaha.. 

Bertentangan tetapi saling memerlukan.